(1) Memory Game Sel Part 1
(2) Memory Game Sel Part 2
(3) Memory Game Struktur Tumbuhan Part 1
(4) Memory Game Struktur Tumbuhan Part 2

Permainan video
Game Edukasi Biologi 11. Permainan video (Jawi: ڤرماءينن ۏيديو) merupakan permainan elektronik yang melibatkan tindak balas dengan antara muka pengguna (user interface) untuk menghasilkan maklum balas visual di sebuah peranti video. Perkataan video dalam permainan video secara tradisinya menggambarkan sesebuah peranti paparan bitmap atau raster, tetapi berikutan istilah “permainan video” atau “video game” menjadi semakin terkenal, ia juga boleh digambarkan dengan apa-apa jenis peranti paparan yang lain. Sistem elektronik yang digunakan untuk memainkan permainan video dikenali sebagai platform; contohnya ialah PC dan konsol permainan video. Platform ini merangkaikan dari sebesar-besar komputer mainframe hingga sekecil-kecil peranti mudah alih. Permainan video yang khusus seperti permainan arked sebelum ini biasa dimainkan, kini kurang digunakan.
Peranti input yang digunakan untuk mengawal permainan video dipanggil pengawal permainan atau lebih dikenali dengan istilah Inggeris game controller, dan berbeza mengikut platform. Contohnya, sesebuah game controller boleh mempunyai sebiji butang tekan dan sebatang kayu ria, manakala yang lain boleh mempunyai sedozen butang dan satu atau lebih kayu ria. Permainan PC yang lama selalunya memerlukan sebuah papan kekunci untuk permainan, atau lebih lazim, memerlukan pengguna untuk membeli kayu ria yang berasingan dengan sekurang-kurangnya satu butang. Banyak permainan komputer moden membolehkan atau memerlukan pemain menggunakan papan kekunci dan tetikus serentak.
Permainan video biasanya menggunakan cara-cara tambahan untuk menyediakan interaktiviti dan informasi kepada pemain. Salah satunya ialah audio dengan menggunakan peranti input audio seperti pembesar suara dan fon kepala.
Sejarah permainan video
Permainan-permainan yang lalu menggunakan peranti elektronik interaktif yang menggunakan pelbagai format paparan. Contoh terawal ialah pada tahun 1947—sebuah “Peranti Hiburan Tabung Sinar Katod” (Cathode Ray Tube Amusement Device) difailkan bagi mendapatkan paten pada 25 Januari 1947 oleh Thomas T. Goldsmith Jr. dan Estle Ray Mann, dan diisukan pada 14 Disember 1948 sebagai U.S. Patent 2455992.
Diilhamkan oleh teknologi paparan radar, ia terdiri daripada peranti analog yang membolehkan pengguna untuk mengawal sebuah dot lukisan vektor di atas skrin untuk mensimulasikan sebuah peluru berpandu dilancarkan terhadap sasaran, yang dilukis di atas skrin.
Game Edukasi Biologi 11. Lihat juga Game Edukasi Biologi 10
Sumber: Permainan video